Minum Ais Batu penyebab Perut Buncit? Atau Mitos?

Kita sering mendengar andaian yang mengatakan minum ais batu boleh menyebabkan perut buncit.

Ianya hanyalah andaian yang tidak berasas atau Mitos. Minum air sejuk atau ais batu tidak akan membuatkan perut anda Buncit.

Perut buncit & kenaikan berat badan adalah disebabkan pengambilan kalori yg berlebihan iaitu dari makanan dan minuman (yang berperisa), sodium atau garam berlebihan, makanan berminyak juga tinggi lemak.

Air sejuk (ice plain water) sangat elok diminum ketika waktu panas atau selepas bersenam untuk kesegaran badan & keseimbangan suhu badan. Akan tetapi jangalah diamalkan minum ais batu ketika waktu sejuk seperti awal pagi. Suhu badan kita masih sejuk.

Minum ais batu juga ada dikaitkan dengan penyebab badan banyak angin atau dikenali juga ‘lenguh badan’. Ini juga andaian yang tidak berasas. Badan yang rasa seperti berat, berangin, lenguh terjadi adalah disebabkan gaya hidup kita yang kurang aktif.

Segera lah Berubah kepada gaya hidup aktif & sihat.


Ebook – Panduan Mudah Mengurangkan 10KG dalam 60 Hari

Klik sini – Untuk ketahui lebih lanjut berkenaan ebook ini.