5 Sebab – Wanita perlu lakukan Senaman Latihan Bebanan

Hormon Wanita Berbeza dengan Lelaki.

Senaman latihan bebanan tidak akan membuat tubuh badan anda seperti ahli Bina Badan. Ini kerana disebabkan kandungan hormon testosteron yg ada pada wanita, adalah sangat sedikit. Jadi pembesaran otot pada badan wanita adalah tidak semudah lelaki.

Bantu Bakar Lemak Lebih Pantas.

Latihan bebanan bantu memperbaiki BMR anda. Bila kita selesai dgn latihan bebanan, otot kita akan mengalami microscopic tear (muscle sore). Dgn bantuan pemakanan seimbang, badan akan secara semulajadi memperbaiki tisu2 otot tersebut. Aktiviti ini memerlukan tenaga (kalori) dan badan kita akan aktif memperbaiki tisu2 otot pada waktu tidur. Ia juga dikenali ‘Afterburn Effect’.

Sexy Curves and Strong Body.

Latihan bebanan bantu dari segi bodytoning. Semakin banyak muscle mass kita, semakin berkurang bahagian2 tertentu yang lembik pada badan kita. Ia juga mampu meningkatkan kekuatan & kecergasan dalam menjalankan aktiviti harian.

Anda akan berasa lebih Awesome (Stress Free).

Setelah selesai sesuatu latihan bebanan, anda akan berasa lebih stress free, and badan berasa lebih segar. Keadaan ini juga ada kaitan dengan endorphin yg dikeluarkan oleh badan kita.

Kelihatan Lebih Muda. Memperbaiki Kualiti Tidur dan seterusnya Kulit Wajah.

Dengan latihan bebanan, kita akan berasa lebih nyenyak ketika tidur dan dengan kualiti nutrisi makanan yg kita ambil seterusnya akan memperbaiki kulit kita. Anda akan nampak lebih muda dari usia sebenar.